AhLaN WaSaHLaN

~~TaPaK KaKi DiNaSor~~

Saturday 21 May 2011

~~MaSaM-MaSaM MaNiS BuaHKu~~

Views


Roselle : bunga yang enak dimakan. Lokasi: Halaman rumah keluarga di Sik. Khasiatnya


haloo...sumaaa....
hari ni entry masih hidip berkisar tentang......dot..dot..
mestilah berkisar tentang pic kat atas nung...
hehehe...

korang tahu pe nama buah kat pic 2???
haaaa...e2 laaa..namanya buah ROSELLE....
hari ni masih hiduo nak cerita tentang kasiat buah  ni laaa...

ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). 

KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh. 

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE
Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle
.

KHASIAT
* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI 
www.tips-fb.com

3 comments:

Still alive said...[Reply]

Emak saya mengamalkan jus roselle yang dimasak dan diminum tanpa gula untuk menurunkan darah tinggi. Mujarab dengan izin Allah.

Miss Eyda said...[Reply]

first time tgk roselle nie. bnyk betul khasiat dia kan.

Still alive said...[Reply]

a'ahhh..
ni mak masih hidup tnam depan umah je..
sedap sgt law wat juz...
t try cari n rasa laa:_)

Post a Comment

Da baca..harap bole bg seciput komen.. =p ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...